Tuesday 20 March 2012

Mengenali Jenis Data (Datatype)

Jenis data atau dikenali sebagai datatype berfungsi sebagai penanda kepada sesuatu variable itu samada variable tersebut menyimpan data yang boleh dikira, huruf, data yang tetap dan tidak boleh dikira, nombor perpuluhan, atau data yang hanya sekadar betul atau salah. Jenis data yang selalu digunakan adalah int, float, double, char, string, bool, short, long dan wchar_t.
  • int Juga dikenali sebagai integer, digunakkan untuk menyimpan nombor bulat dan tidak termasuk nombor perpuluhan. Kebiasaannya untuk menyimpan nombor yang boleh dikira.
  • char – Dikenali sebagai character, digunakkan untuk menyimpan huruf. Ia  juga boleh menyimpan nombor tetapi nombor tersebut adalah nombor yang tiada nilai matematik. Bermaksud nombor tersebut tidak terlibat dalam sebarang pengiraan. Sebagai contoh, char noic; .
  • string – Dalam kata lain ayat yang panjang. Datatype ini digunakan untuk menyimpan data yang mengandungi barisan ayat-ayat yang melebihi dari satu ayat. Sebagai contoh string mystring=”Ayat terlalu panjang”; .
  • float / double – Digunakan untuk menyimpan data yang mengandungi nombor bulat dan nilai perpuluhan sahaja.
  • bool – Digunakan untuk menyimpan 2 jenis truth value samada true (1) atau false (0).
  • long dan short – digunakan untuk datatype int. 
  • wchar_t – Fungsi hampir sama dengan string tetapi datatype ini lebih kepada satu patah perkataan yang panjang. Ia diadaptasi dari datatype char.
Kesimpulannya:


Nombor
Ayat
Matematical
Boolean
Bulat
Perpuluhan
Huruf
Perkataan
Boleh dikira
Truth value
char
X
X
X
X
X
string
X
X
X
X
int
X
X
X
X
float/double
X
X
X
bool
X
X
X
X
X

No comments:

Post a Comment