Friday 9 March 2012

Mengenali Identifier, Variable dan Constant

IDENTIFIER
Dengan adanya identifier, pelbagai data mudah disimpan dalam memori lokasi, jadi identifier berfungsi sebagai penama kepada variable yang selalunya diletakkan sebelum blok coding. Sebelum mendeklarasinya, kita mesti tahu apa jenis data yang sesuai untuknya. Kebiasaanya variable yang memegang sesuatu nombor menggunakan jenis data "int" yang bermaksud integer atau variable yang boleh dikira. Nama variable adalah bebas asalkan memenuhi syarat dibawah:

1.     Penama Identifier mestilah bukan Keyword kerana keyword adalah perkataan yang sudah mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan bukan variable.
2.     Nombor, underscore atau simbol tidak dibenarkan sebelum variable. Jarak antara variable dengan variable juga tidak dibenarkan.
3.     Setiap variable mestilah bermula dari huruf barulah boleh diletakkan nombor dan underscore.


Format:
<jenis data><variable>

CTH: int nombor
 








VARIABLE
Menurut konteks pengaturcaraan, variable membenarkan memori lokasi untuk menyimpan data. Sebelum variable boleh digunakan, ia haruslah dideklarasi dahulu. Data variable boleh disimpan terlebih dahulu sebelum blok coding bermula. Tidak seperti Constant, variable boleh berubah-rubah mengikut proses coding tersebut.


Format:
<jenis data><variable> <nilai>

CTH: int nombor = 11
Data yang disimpan dalam variable nombor adalah 11.

 


                                                                                                                                                                   

CONSTANT
Dengan constant, variable boleh menyimpan sesuatu data itu secara tetap untuk keseluruhan perjalanan coding. Constant ada 3 jenis iaitu Literal, Defined Constant (#define) dan Declared Constant (const).
  • Literal - Selalu digunakan untuk memberi nilai permulaan untuk variable tersebut. Terletak pada kawasan variable itu dideklarasi. Digunakan untuk keseluruhan (global) coding atau sesetengah (local) blok coding.

Format:
<jenis data> <variable>=<nilai>
Ex:
int nombor=50
 
                          
  • Defined Constant - Ianya diletak pada kawasan selepas header coding . Digunakan untuk keseluruhan (global) coding tersebut.

Format:
#define <variable> <nilai>

Ex:
#define nombor 50

 

  • Declared Constant - Hampir sama dengan literal tetapi keyword 'const' diletakkan sebelum jenis data variable. Jenis ini selalunya digunakan didalam coding C# dan kurang meluas digunakan dalam C++. 

No comments:

Post a Comment